Cendawan Susu Harimau
Sejarah Penggunaan
Lignosus rhinocerus atau lebih dikenali sebagai Cendawan Susu Harimau (CSH) atau nama bahasa Inggerisnya, Tiger Milk Mushroom (TMM) telah lama digunakan sebagai UBATAN HERBA dalam perubatan tradisional sejak tahun 1664, iaitu lebih dari 400 tahun sejarah penggunaan (Diari milik John Everlyn, 1664).
CSH digunakan secara meluas oleh orang asli sejak tahun 1930-an hingga 1960-an tetapi penggunaannya telah dilupakan sejak tahun 1970-an akibat penggunaan ubatan moden dari barat menggantikan ubatan herba. Walaubagaimanapun, ia masih digunakan dalam perubatan tradisional cina sehingga kini.
Penggunaan tradisi CSH dalam kalangan kaum berlainan:

Dongeng Purbakala
Menurut kata orang tua zaman dahulu, cendawan ini tumbuh daripada susu ibu harimau yang menitis ke atas tanah ketika sedang menyusukan anaknya. Susu yang menitis ke atas tanah ini menjadi kulat yang kemudiannya mencambahkan cendawan.
Habitat Cendawan Susu Harimau (CSH)
CSH biasanya hanya DIJUMPAI SECARA INDIVIDUAL dalam jarak beberapa kilometer dan HANYA TERDAPAT di hutan tropika Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, Papua New Guinea dan South China.
NILAI PERUBATAN cendawan ini terdapat pada UBI (sclerotium) yang tertanam di bawah tanah. Malangnya, ubi ini biasanya akan tertanam di bawah tanah untuk satu tempoh yang agak panjang, bertahun hingga berdekad lamanya.
Payung cendawan ini hanya akan bercambah keluar dari tanah apabila keadaan persekitarannnya sesuai (seperti musim hujan).
Oleh sebab itu, pencarian dan pengumpulan cendawan ini merupakan satu misi sukar dan terhad. Ini menjadikan CSH adalah cendawan yang memiliki pelbagai khasiat yang bernilai tinggi tetapi sukar dijumpai, unik dan sangat berharga.

Teknologi Penanaman dan Pemprosesan
CSH dikenali dengan sifatnya yang memiliki pelbagai khasiat yang bernilai tinggi tetapi malangnya cendawan ini tidak dapat ditanam secara biasa. Hasil kajian selama 8 tahun, Ligno Biotech Sdn. Bhd. telah berjaya menemui teknologi penanaman CSH. CSH ini tumbuh dengan baik di atas kultur media yang mengandungi ramuan istimewa.
CSH yang ditanam menggunakan teknologi ini, dapat dihasilkan dengan lebih banyak dalam masa yang singkat seterusnya dapat mengatasi masalah kekurangan CSH.
Teknologi penanaman dan pemprosesan yang digabungkan telah berjaya menghasilkan "Ligno TM02 Cendawan Susu Harimau Sclerotia" yang disejuk-kering dan dipasarkan secara komersil.

Perbezaan di antara "Ligno TM02 CSH" dan CSH liar
Kandungan BIOAKTIF & Keselamatan UBATAN
Kandungan Bioaktif
Kajian yang dilakukan mendapati CSH mengandungi 3 ciri utama:
Keselamatan Ubatan CSH
Keselamatan dan keberkesanan CSH disokong oleh bukti-bukti saintifik bagi memastikan produk CSH berkesan dan selamat digunakan oleh pengguna. Bukti-bukti saintifik ini boleh didapati di laman sesawang Ligno Biotech Sdn. Bhd.

- Anti-radang: CSH mempercepat dan memulih tisu yang mengalami pembengkakan. CSH juga melindungi sistem pernafasan daripada mengalami pembengkakan seterusnya memperbaiki fungsi sistem pernafasan.
- Immuno-modulasi: Sifat imuno-modulasi ini merangsang dan mengawal fungsi imuniti. Ia meningkatkan jumlah sel imuniti dan menggalakkan aktiviti sel tersebut. Sifat ini juga membantu memulihkan tisu-tisu yang rosak dan meningkatkan ketahanan badan daripada jangkitan.
- Anti-barah: Polisakarida yang terdapat di dalam CSH merencat pembiakan sel-sel barah.
Keselamatan Ubatan CSH
Keselamatan dan keberkesanan CSH disokong oleh bukti-bukti saintifik bagi memastikan produk CSH berkesan dan selamat digunakan oleh pengguna. Bukti-bukti saintifik ini boleh didapati di laman sesawang Ligno Biotech Sdn. Bhd.
Kajian Penyelidikan & Pembangunan
Bagi memastikan produk CSH ini diperbaiki dari masa ke masa dan terus memberi khidmat yang berguna kepada pengguna, kajian penyelidikan dan pembangunan CSH akan terus dijalankan bersama-sama institusi penyelidikan dan institusi pengajian tinggi. Maklumat keselamatan ubatan dan bukti saintifik yang diperolehi daripada hasil kajian ini menyokong Ligno TM02 CSH adalah selamat digunakan oleh pengguna.